
Apa itu Fibroadenoma
Fibroadenoma ialah ketulan payudara yang tidak berbahaya (bukan kanser). Tidak seperti sista, fibroadenoma adalah ketulan pejal (bukan berisi cecair).Paling kerap berlaku pada wanita berumur 14–35 tahun.Walaubagaimanapun ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.Kebiasaanya ia akan mengecil selepa menopaus.
Apakah Punca Fibroadenoma
Punca sebenar fibroadenoma masih diperdebatkan, tetapi ramai pakar percaya ia mempunyai kaitan dengan hormon, khususnya kerana tisu payudara lebih sensitif terhadap hormon estrogen (hormon pembiakan wanita).Perubahan saiz boleh berbeza mengikut waktu contohnya membesar semasa kehamilan,mengecil selepas menopaus.Faktor risiko lain seperti wanita yang mengambil pil perancang (oral contraceptives) sebelum umur 20 tahun dilaporkan mempunyai risiko lebih tinggi mendapat fibroadenoma berbanding wanita lain.Oleh itu fibroadenoma dipercayai mempunyai asal-usul hormon, tetapi faktor lain mungkin turut memainkan peranan.
          Sejarah& Pemeriksan Fizikal
Kebiasaanya pesakit mengadu ada ketulan di payudara yang tidak menyakitkan dan seperti bergerak di bawah kulit.Lokasi yang paling kerap berlaku adalah di bahagian atas dan luar payudara. Tetapi sesetengahnya mungkin terasa sakit atau lembut terutamanya sebelum haid. Fibroadenoma juga boleh membesar atau mengecut, dan mungkin menjadi lebih ketara semasa kehamilan.
Sejarah keluarga kanser payudara juga sangat penting. Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat (first-degree relative) dengan kanser payudara perlu dipantau dengan lebih teliti bagi mengesan tanda-tanda perubahan yang berpotensi berbahaya berbanding pesakit yang tiada sejarah keluarga ini.
Bila doktor dah lakukan pemeriksaan fizikal,selalunya doktor akan melakukan scan payudara untuk mengesan jenis ketulan tersebut.
Rawatan Fibroadenoma
Dalam kebanyakan kes, fibroadenoma tidak memerlukan rawatan. Ia boleh mengecil dan hilang dengan sendiri dari masa ke masa.
Namun, jika saiznya besar dan menekan tisu payudara lain, ia mungkin perlu dibuang. Ramai wanita memilih untuk tidak menjalani pembedahan kerana fibroadenoma adalah ketulan yang tidak berbahaya dan tidak meningkatkan risiko kanser dalam jangka panjang. Pembedahan juga boleh mengubah bentuk payudara.
Pembedahan
Doktor akan mempertimbangkan pembedahan jika fibroadenoma membesar dengan cepat lebih besar daripada 2 cm atas permintaan pesakit. Prosedur pembedahan yang dilakukan adalah membuang ketulan tersebut atau lumpektomi(lumpectomy) atau eksisi biopsi(excision biopsy).Ketulan yang dikeluarkan oleh doktor akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.
Prognosis fibroadenoma adalah baik, kerana ia ketulan jinak (benign) yang biasanya mengecil dari masa ke masa.
Klinik Awla Bukit Gambir menyediakan pemeriksaan fizikal, scan payudara dan rawatan selanjutnya dan anda boleh klik button di bawah untuk pertanyaan lanjut



