Cara Menghilangkan Radang Sendi

Cara menghilangkan radang sendi. “Osteoarthritis” atau radang pada sendi antara punca masalah sendi dikalangan warga emas. Walau bagaimanapun, yang muda pun boleh dapat radang pada sendi mereka.

Bercakap tentang ostearthritis ia adalah penyakit degeneratif  pada rawan di sendi. Antara sendi terlibat adalah seperti lutut, punggung, bahu, tulang belakang dan tangan yang melibatkan jari.

Simptom-Simptom Radang Sendi

Selalunya pesakit akan mengadu simptom simptom berikut:

  • Sakit bila melibatkan penggunaan dan pergerakan sendi terlibat dan berkurang jika kurangnya pergerakan
  • Kekakuan pada sendi (joint stifness)
  • Bengkak pada sendi
  • Pergerakan terhad
  • Sendi berbunyi

Simptom simptom tersebut mungkin berlainan untuk setiap sendi. Contohnya sendi berbunyi selalu dikesan jika terdapat radang pada lutut, radang sendi tangan pula boleh menyebabkan perubahan pada bentuk jari tersebut.

Kenapa Perlu Rawat Radang Sendi Awal?

Jika simptom berlarutan dan tidak dirawat sepenuhnya, pesakit akan menanggung sakit semakin lama dan menyebabkan kualiti hidup terjejas.

Diagnosis Radang Sendi oleh Doktor

Apabila seseorang pesakit ingin pergi mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor, doktor akan memeriksa dan menyarankan rawatan yang bersesuaian dengan kondisi dan tahap keradangan sendi pesakit tersebut kerana setiap pesakit mempunyai rawatan yang berbeza.

Selain Xray, Ultrasound muskuloskeletal juga salah satu alat  diagnostik bukan invasif untuk menangkap imej otot, ligamen, tendon dan sendi badan untuk mengesan keadaan terseliuh, koyakan, atau kecederaan tisu lembut yang lain.

Antara salah satu cara menghilangkan radang sendi 

Rawatan Bukan Ubat (Non-Pharmacological)

Rawatan “non pharmacological” atau bukan ubatan yang disarankan untuk pesakit osteoarthritis. Antara salah satu cara menghilangkan radang sendi ialah menurunkan berat badan untuk pesakit obesiti yang mempunyai masalah lutut dan kaedah fisioterapi.

Rawatan Menggunakan Ubat (Pharmacological)

Manakala rawatan ubat-ubatan atau “pharmacological” yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan radang juga digunakan seperti Acetaminophen dan NSAIDS.

Peranan Ultrasound Dalam Rawatan

Ultrasound muskuloskeletal juga sudah digunakan secara meluas untuk  mengarahkan jarum semasa suntikan (seperti steroid) ke dalam sendi tertentu (ultrasound guided) dan tisu lembut bersebelahan untuk merawat sakit sendi, serta cecair penyedutan dari kawasan sasaran tertentu.

Selain itu, proses penyembuhan selepas rawatan boleh dilihat dengan mudah oleh teknik ini. Ini adalah salah satu cara menghilangkan radang sendi.

Cara Menghilangkan Radang Sendi yang Perlu Anda Tahu

Dapatkan Rawatan Awal dan Tepat

Jika anda rasa anda ada masalah sendi, boleh segera dapatkan rawatan yang bersesuaian dan apabila sudah tahu puncanya boleh dirawat dengan betul. Supaya tidak terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit.

Penutup: Jaga Sendi Anda Sebelum Terlambat

Jangan abaikan kesakitan atau ketidakselesaan pada sendi anda, walaupun ia kelihatan kecil. Radang sendi yang tidak dirawat boleh menjejaskan kualiti hidup dalam jangka masa panjang.

Dapatkan pemeriksaan awal dan ikuti rawatan yang sesuai agar anda boleh kembali bergerak dengan bebas tanpa rasa sakit. Jangan segan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor, ahli fisioterapi atau pakar reumatologi.

Menjaga kesihatan sendi bukan sahaja membantu pergerakan fizikal, tetapi juga memastikan anda terus aktif dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau jika anda perlukan cadangan rawatan lanjut berkaitan radang sendi.

Boleh klik button di bawah:

Klik Di Sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.