
Macam Mana Ketuat Kaki Terjadi
Ia terjadi apabila virus HPV masuk ke dalam kulit tapak kaki melalui bukaan kecil atau luka.Virus tersebut boleh hidup dalam keadaan lembab.
Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini. Hal ini disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak dan oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat.
Cara jangkitan adalah seperti menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan anda sendiri atau badan orang lain,berkongsi tuala atau pisau cukur mempunyai luka pada tempat sentuhan di mana ia memudahkan virus HPV untuk menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit. Jangan gatal tangan korek ketuat yang sedia ada pada badan anda ya,nanti lagi merebak!
Sesiapa pun boleh dapat ketuat tak kira umur.Cuma kalau golongan yang berimuniti lemah seperti warga tua dan kanak-kanak,pesakit kanser yang membuat rawatan kemoterapi,pesakit HIV atau pesakit yang mengambil steroid dalam masa yang lama.Walaubagaimanapun, seseorang yang mempunyai yang baik juga masih mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan HPV.
Rawatan Ketuat Kaki
Di Rumah
- Krim atau ceceair asid salisilik-digunakan setiap hari untuk melembutkan dan mengikis lapisan ketuat sedikit demi sedikit
- Pelindung kaki-untuk mengurangkan tekanan pada ketuat semasa berjalan
Di Klinik
- Cryotherapy(rawatan beku)-doktor menggunakan cecair nitrogen untuk membekukan dan memusnahkan ketuat.
- Laser atau kauter-memusnahkan tisu ketuat dengan haba laser sehingga ke akar.
- Suntikan-Pelbagai ubat boleh disuntik ke dalam ketuat. Ini termasuk bleomycin dan 5-fluorouracil (kedua-dua ubat menghalang pertumbuhan sel), interferon (ubat yang menjejaskan sistem imun) dan antigen khusus (bahan yang, seperti vaksin, mencetuskan tindak balas imun).
- Immunoterapi-Rawatan ini menggunakan sistem imun pesakit itu sendiri untuk melawan ketuat. Rawatan ini digunakan apabila ketuat kekal selepas rawatan lain.Satu jenis imunoterapi melibatkan penggunaan bahan kimia, seperti diphencyprone (DCP), pada ketuat. Reaksi alahan ringan mungkin berlaku di sekitar ketuat yang dirawat.
Jika ada ketuat di kaki,boleh la walk in ke Klinik Awla ya



