
Pemeriksaan Payudara Kendiri: Langkah Awal Cegah Kanser. Kanser payudara merupakan antara penyebab utama kematian wanita akibat kanser di Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa bilangan kes semakin meningkat saban tahun. Dahulu, kanser payudara sering dikaitkan dengan wanita berusia, namun kini tidak lagi. Wanita seawal usia 30-an — malah seawal 35 tahun — juga berisiko menghidap penyakit ini.
Jadi kaum hawa di luar sana ambil tahu macam mana nak buat pemeriksaan kendiri payu dara anda ya.Supaya langkah awal boleh diambil untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Tak tahu? Jangan risau ia amat mudah.Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) oleh KKM adalah melalui 3 langkah mudah iaitu:
✅ Langkah 1: Lihat
Perhatikan sebarang perubahan bentuk, saiz, atau tekstur pada payudara di hadapan cermin.
✅ Langkah 2: Rasa
Gunakan jari untuk meraba seluruh kawasan payudara secara perlahan, termasuk ketiak, bagi mengesan sebarang ketulan luar biasa.
✅ Langkah 3: Respons
Jika terdapat sebarang perubahan atau ketulan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.
Bila waktu terbaik untuk melakukannya?
Lakukan PSP setiap bulan, antara hari ke-7 hingga ke-10 dari hari pertama haid bermula. Bagi wanita yang telah menopaus atau mempunyai kitaran haid tidak teratur, pilihlah satu tarikh tetap setiap bulan sebagai peringatan.
Kesedaran adalah kunci. Ambillah langkah awal demi kesihatan diri.
Lakukan setiap bulan, 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞-𝟕 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞-𝟏𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐢𝐝 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚.

Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)
Semoga info kesihatan mengenai Pemeriksaan Payudara Kendiri: Langkah Awal Cegah Kanser ini memberi manfaat!



