
Rawatan Baker’s Cyst Untuk Mengurangkan Bengkak Lutut. Baker’s cyst adalah salah satu masalah lutut yang biasa berlaku.Perkataan cyst bermaksud “kantung air” ini terletak di kawasan popliteal iaitu di belakang lutut.
Pesakit rasa tak selesa,rasa kaku bila nak bergerak dan sakit.
Apakah Puncanya?
Keadaan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
Kecederaan Lutut
• Terseliuh, ligamen koyak, kecederaan meniskus atau patah tulang boleh menyebabkan pendarahan dan pengumpulan cecair.
Osteoarthritis (Radang Sendi)
• Hausan pada rawan lutut menyebabkan keradangan dan penghasilan cecair berlebihan.
Jangkitan Sendi (Septic Arthritis)
• Bakteria yang menjangkiti sendi boleh menyebabkan cecair bernanah dan bengkak teruk.
Penyakit Keradangan
• Contoh: Rheumatoid arthritis, gout atau pseudogout.
Masalah Dalaman Badan
• Contohnya gangguan darah atau tumor di sekitar lutut (jarang berlaku).
          Apakah simptom-simptomnya?
• Bengkak yang jelas belakang lutut
• Rasa berat atau ketat di sekitar sendi
• Sakit ketika berjalan atau ketika membengkokkan lutut
• Pergerakan lutut terhad
• Lutut terasa panas atau kemerahan (jika disebabkan jangkitan atau keradangan aktif)
Rawatan Baker’s Cyst Pula Macam Mana?
Rawatan Baker’s Cyst bergantung pada punca cecair di lutut:
1. Rehat, Ais, Balut & Tinggikan Kaki (RICE) – sesuai untuk kecederaan ringan
2. Ubat Anti-Radang (NSAIDs) – mengurangkan bengkak dan sakit
3. Penyedutan Cecair Lutut (Joint Aspiration) – untuk mengurangkan tekanan dan mengenal pasti punca melalui ujian makmal
4. Suntikan Steroid – membantu mengurangkan keradangan untuk kes tertentu
5. Rawatan Penyakit Asas – seperti gout, jangkitan, atau arthritis kronik
6. Pembedahan – jika ada kerosakan struktur lutut yang teruk atau jangkitan serius
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Jika anda dah ada simptom di atas,boleh jumpa doktor dapatkan nasihat dan rawatan baker’s cyst. Cuba untuk elakkan masalah di biar lama,lagi suka berjalan lagi sakit dan tempat ada air pun senang bakteria nak membiak.Masa tu kita akan mula rasa demam,kawasan bengkak pun kemerahan.
Boleh dapatkan rawatan lutut di Klinik Awla,Temujanji sangat di galakkan.
Anda Boleh Klik Button di bawah ya:




