
Scan Awal Kehamilan (Early Pregnancy Scan) di Klinik Bertauliah – Setiap pasangan mesti teruja bila mendapati ujian kehamilan positif.Langkah seterusnya adalah melakukan scan yang boleh dilakukan seawal 5 minggu.
Tapi masih ada yang takut-takut nak buat scan awal kehamilan.Kuatkan semangat ,nak jadi ibu kan 😊
Penting tau ibu-ibu lakukan scan di awal kehamilan.Kita boleh tahu:
1.Kedudukan bayi (pregnancy location)
Memastikan kandungan di dalam rahim,bukan di luar rahim(ectopic pregnancy) contohnya di ovari atau tiub falopio(fallopian tube).Ini kerana kandungan luar rahim sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa ibu
2.Mengesan degupan jantung bayi (fetal echo)
Jika usia kandungan masuk minggu ke 6,biasanya degupan jantung bayi boleh dikesan.Para ibu dan ayah paling suka moment ni kan
3.Mengetahui usia kandungan bayi dan tarikh dijangka bersalin (EDD,Expected Date Delivery)
Ya,melalui teknik scan dan ukuran CRL( Crown Rump Length) doktor boleh tahu usia kandungan bayi.Tidak semua ibu-ibu ingat tarikh haid ya,dan ada juga haid yang tidak teratur.Dari sini kita boleh tahu tarikh dijangka bersalin
4.Mengetahui jumlah kandungan bayi
Seperti kita maklum ada ibu yang boleh mengandung bukan seorang sahaja tapi mungkin dua tiga atau empat!Ya boleh berlaku dan hanya boleh dikesan melalui scan di awal kehamilan
5.Periksa keadaan rahim dan ovari
Sambil sambil scan dalam rahim,kita boleh periksa sekali kesihatan rahim dan tiub fallopio sama ada ada terdapat ketumbuhan seperti fibroid, ataupun cyst.
Bila dan bagaimana scan ni dilakukan ya
Jika ibu-ibu sudah melakukan scan dan mendapati usia kandungan dalam 5 minggu melalui pregnancy application,atau mungkin ada ibu yang masih tak tau usia kandungan, jangan risau boleh datang ke klinik berdekatan untuk scan.
Scan dilakukan secara TAS (Transabdominal )iaitu melalui perut.Tetapi sekiranya kandungan masih tidak nampak( selalunya bawah 6 minggu) doktor akan buat scan melalui TVS transvaginal.Ibu-ibu jangan risau dan panik ya sebab alatan scan tersebut (TVS probe) kecil dan halus dan tidak menyakitkan.Cuma kurang selesa sahaja
Semoga informasi tersebut sedikit sebanyak dapat menjawab keraguan pada ibu-ibu di luar sana yang baru hamil dan ingin merancang kehamilan.Yang penting bila dah dapat tahu ujian kehamilan positif cepat cepat pergi scan ya.



