Skip to main content

Antara rutin mommy mengandung adalah scan bayi.Growth scan atau yang selalu disebut oleh ibu bapa sebagai “scan biasa” merujuk kepada pemeriksaan ultrasound asas yang dilakukan pada secara amnya selepas trimester 1 (14 minggu ke atas).Apa yang mommy boleh tahu bila buat Growth Scan ya.

1. Kedudukan bayi – Melihat bayi songsang (breech) atau tidak.

Bayi akan sentiasa bergerak dan berpusing,selalunya selepas 35 minggu itu adalah kedudukan bayi yang muktamad dan doktor boleh menentukan kaedah kelahiran yang bersesuaian.

2. Degupan jantung bayi

Dengar degup jantung bayi je mommy dah lega kan?Aktiviti jantung bayi boleh dilihat melalui imej 2D. Denyut nadi yang normal antara 110bpm sehingga 170bpm.

3. Ukuran badan bayi dan berat bayi

Doktor akan ukur parameter tertentu pada bayi seperti kepala (BPD- Biparietal Diameter), perut (AC-Abdominal Circumference) dan peha(FL-Femur Length) dan dari ukuran ini doktor akan pastikan ia sesuai dengan usia kandungan. Sekiranya ukuran bayi jauh lebih kecil dari usia kandungan atau lebih besar maka pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mencari punca dan menentukan rawatan seterusnya.

4. Jantina

Jantina bayi seawal 18 minggu dah boleh nampak sehingga 30 minggu.Bila bayi makin besar kadang kala menghalang untuk lihat jantina.

Satu tip boleh diguna, lihatlah jantina 2 kali, samada oleh mana-mana doktor yang sama pada waktu berbeza atau oleh pemeriksa yang berbeza pada waktu hampir sama. Cara ini dapat meningkatkan ketepatan melihat jantina bayi.

5. Kedudukan uri (placenta)

Kenapa perlu tahu kedudukan uri semasa mengandung.Selalunga kedudukan uri tidak berubah selepas 28 minggu.Jika uri berada di bawah atau depanggil Placenta Previa.Keadaan ini menyebabkan ada kalanya menyebabkan  cara bersalin perlu melalui Caesarian

6.Air ketuban

Melalui Scan 2D doktor boleh ukur jumlah air ketuban sama ada normal,terlalu banyak (polyhydramnions) atau terlalu sedikit (oligohydramnions)

7. Keadaan rahim secara keseluruhan

Ini untuk melihat sekiranya terdapat fibroid atau keganjilan lain rahim. Walaubagaimanapun, fibroid yang kecil mungkin tidak kelihatan.

8. Keadaan ovari dan kawasan sekitar rahim

Ovari boleh dilihat jika scan ultrasound dilakukan sebelum 16 minggu. Selepas tempoh ini, rahim agak besar dan ovari tidak kelihatan.

Adakah scan selamat?
Ya, ultrasound adalah pemeriksaan selamat tanpa radiasi. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi.


 Di Klinik Awla, kami menyediakan perkhidmatan scan perkembangan bayi dengan doktor wanita berpengalaman dan mesin ultrasound moden

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.