
Sebab Telinga Berkulat Dan Cara Rawatan Yang Selamat
Apa Itu Telinga Berkulat?
Otomycosis atau telinga berkulat ialah sejenis jangkitan kulat yang berlaku di saluran telinga luar. Antara spesis kulat yang sering terlibat ialah Aspergillus dan Candida.
Walaupun kedengaran agak pelik, Ya! Telinga pun boleh ada kulat tau.
Sebab Telinga Berkulat
Antara punca dan faktor risiko telinga berkulat adalah seperti:
- Cuaca panas dan lembap
- Kerap berenang terutama di air tidak bersih
- Saluran telinga cedera akibat perbuatan mengorek telinga menggunakan puti kapas atau objek tajam
- Pemakaian fon telinga terlalu lama tanpa kebersihan
- Sistem imunisasi yang lemah atau masalah kulit seperti ekzema
Selain faktor di atas, sebab telinga berkulat juga lebih mudah berlaku kepada individu yang sering berpeluh atau bekerja di persekitaran panas. Kelembapan yang terperangkap di dalam telinga menjadi tempat sesuai untuk kulat membiak.
Gejala gejala telinga berkulat adalah seperti :
- Gatal yang berpanjangan dalam telinga
- Keluar cecair berwarna putih,kekuningan atau kehijauan dan kadang kadang berbau
- Rasa penuh atau tersumbat dalam telinga
- Pendengaran berkurang sementara
- Sakit ringan atau rasa tidak selesa
- Kelihatan tompok putih dan hitam dalam saluran telinga
Jika dibiarkan tanpa rawatan, gejala ini boleh menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan jangkitan berulang atau keradangan pada saluran telinga. Ia juga boleh menjejaskan kualiti hidup kerana rasa gatal dan tidak selesa yang berpanjangan.
Rawatan telinga berkulat:
- Doktor akan memeriksa telinga dengan otoskop iaitu alat khas untuk melihat tanda jangkitan
- Ear toilette atau pembersihan telinga akan dilakukan untuk membuang kulat dan kotoran
- Doktor akan memberi beberapa ubatan antaranya ubat titis telinga iaitu ubat titis antifungal untuk membasmi jangkitan kulat
- Rawatan susulan dalam kebanyakan kes jangkitan kulat di telinga adalah diperlukan memandangkan jangkitan kulat kadangkala mengambil masa yang lama untuk sembuh
Selain rawatan doktor, pesakit juga disarankan menjaga kebersihan telinga, memastikan telinga sentiasa kering, dan mengelakkan penggunaan putik kapas. Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin perlu datang beberapa kali untuk rawatan lanjutan. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan sebab telinga berkulat.
Dapatkan nasihat dan rawatan untuk masalah telinga anda di Klinik Awla.
Boleh klik button di bawah:



