Tanda Amaran Perkembangan Anak (Red Flag) Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Tanda Amaran Perkembangan Anak (Red Flag) yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Tanda Amaran Perkembangan Anak (Red Flag) yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza sama cepat atau pun lambat,jadi kita tak boleh sama kan ya. Cuma ada kala yang lambat itu bukanlah normal.

Jika seseorang kanak kanak belum mencapai perkembangan pada waktu usia tempoh tertentu mereka boleh dikategorikan mempunyai red flag development atau tanda bahaya kelewatan perkembangan.

Jadi ibu ayah perlu memerhatikan anak-anak sekiranya terdapat tanda-tanda red flag perkembangan boleh lah di bawa berjumpa pakar untuk ujian pengesahan dan rawatan selanjutnya.

 

Red flag perkembangan anak 6 bulan hingga 1 tahun

  •         Kepala seperti hilang sokongan  kerana leher lemah/ “head lag”
  •         Tidak boleh duduk tanpa sokongan
  •         Tidak boleh bertukar posisi dari baring ke meniarap
  •         Tidak boleh merangkak atau mencuba berdiri
  •         Tidak mengomel cth “ba” “pa”,atau “baba” “dada”
  •         Tidak pandai senyum atau berinteraksi dengan orang lain
  •         Tidak mampu memegang atau mencapai objek dan tangan dalam posisi genggam
  •         Tidak boleh mengutip atau memegang benda kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
  •         Tidak boleh melambai

Red flag perkembangan anak 18 bulan hingga 3 tahun

  •         Tidak boleh berjalan ,turun naik tangga dipimpin atau berlari
  •         Tidak boleh menconteng menggunakan pen atau pensel
  •         Tidak mampu menggunakan sudu untuk makan
  •         Tiada perkataan bermakna
  •         Tidak boleh menggabungkan perkataan
  •         Tidak berminat bergaul dengan kanak kanak seusia
  •         Tidak mampu menngunakan permainan dengan funsginya contoh menyusun bloks/ memeluk anak patung


Red flag perkembangan anak 4 tahun hingga 5 tahun

  •         Tidak boleh berjalan,berlari turun naik tangga dan melompat
  •         Tidak boleh melukis bulat atau garis tegak
  •         Masih memakai lampin pakai buang
  •         Tidak boleh melakukan rutin harian seperti memakai dan menanggalkan baju atau makan
  •         Tidak dapat terima dan faham arahan yang mudah dan jelas cth “letakkan bag dahulu kemudian pergi bermain”
  •         Tidak boleh menjawab soalan yang mudah
  •         Tidak boleh bermain dengan kanak kanak lain dan tidak mahu memberi Kerjasama

Peka terhadap Tanda Amaran Perkembangan Anak amat penting untuk memastikan mereka membesar dengan sihat. Jika ibu bapa mengesan sebarang kelainan, dapatkan nasihat pakar seawal mungkin. Tindakan awal boleh membantu perkembangan anak dengan lebih baik.

Oleh itu, sekiranya anak anda mengalami kelewatan perkembangan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk rawatan yang bersesuaian. 

Boleh klik button di bawah:

Klik Di Sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.