
Apa itu Influenza?
Influenza, atau lebih dikenali sebagai “flu”, ialah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Ia mudah berjangkit dan boleh menular melalui titisan udara apabila seseorang batuk, bersin, atau bercakap. Virus influenza juga boleh tersebar melalui sentuhan tangan atau permukaan yang tercemar.
Tanda dan Gejala Influenza
-
Demam secara tiba-tiba
-
Batuk kering
-
Sakit tekak
-
Sakit otot dan sendi
-
Sakit kepala
-
Keletihan melampau
-
Hidung berair atau tersumbat
Kebiasaannya gejala boleh berlanjutan selama 5 hingga 7 hari, namun keletihan boleh berpanjangan hingga beberapa minggu.
Siapa yang Berisiko Mendapat Komplikasi Influenza?
Walaupun kebanyakan pesakit boleh sembuh sendiri, influenza boleh menjadi serius terutamanya bagi golongan berikut:
-
Kanak-kanak kecil
-
Warga emas
-
Ibu mengandung
-
Individu dengan penyakit kronik seperti asma, diabetes, atau penyakit jantung
-
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
Komplikasi boleh termasuk radang paru-paru, serangan asma, dehidrasi, atau kemasukan ke hospital.
Kepentingan Vaksin Influenza
Vaksin influenza adalah langkah pencegahan yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko dijangkiti. Ia disarankan diambil setiap tahun, kerana virus influenza sentiasa berubah dan vaksin dikemas kini mengikut strain terkini.
Manfaat vaksin influenza:
-
Mengurangkan risiko dijangkiti influenza
-
Jika dijangkiti, gejala lebih ringan berbanding individu yang tidak divaksin
-
Mengurangkan risiko komplikasi serius
-
Melindungi orang sekeliling, terutama ahli keluarga yang berisiko tinggi
Langkah Tambahan Pencegahan Influenza
Selain vaksin, orang ramai juga disarankan untuk:
-
Membasuh tangan dengan kerap
-
Menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk
-
Mengelakkan kontak rapat dengan individu bergejala
-
Berehat dan minum air yang mencukupi
Kesimpulan
Influenza bukan sekadar “selsema biasa” kerana ia boleh membawa komplikasi serius, terutamanya kepada golongan berisiko. Vaksin influenza adalah perlindungan terbaik untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.
Hubungi kami untuk tempah slot vaksin ya



